Monday, May 17, 2010

SeLamat Hari Guru..


16 mei datang lagi khusus wat warga pendidik. selamat hari guru buat semua pendidik2 yang mama kenal. terutama wat mak yang tak pernah jemu mendidik anaknya yang seorang nie. terima kasih mak... terima kasih untuk semua guru2 yang pernah mendidik mama, papa dan juga untuk cikgu2 ilhams di taska. hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua....

puisi Guru oh Guru ini karangan usman awang... truthly... dari mula mama mendengar puisi ini, hati mama tersentuh.. apatah ketika kali pertama mendengar itu, mama berada di majlis graduasi pelajar.... luruh juga air mata pada ketika itu.. untuk semua warga pendidik.. hayati lah... untuk semua yang lain2... hargailah guru anda...


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979

notes: - cerita silam itu tidak lagi menjadi duri dalam menerusi perjalanan mama sebagai pendidik. itu adalah kenangan pahit sepanjang hampir 9 tahun bergelar pendidik. jika difikirkan, boleh jadi giler. so dat jadikan sempadan... betul kata mak.. setakat seorang x menghargai apa yg kita lakukan... wat per nak pening2.. ramai lagik yang menghargai usaha kita sebagai pendidik... so dat.. cheer up... no more tears for sadness on their rudeness... there will be tears for the happiness toward their success.




No comments: