Tuesday, November 16, 2010

Tentang Mak DaN aYah

ketika enty ini ditaip, mak dan ayah da berada di mudzalifah setelah berwukuf di arafah semalam. alhamdulillah mereka dipermudahkan segala urusan di padang arafah. tika ini waktu di sana lebih kurang pukul 4 pagi. apa agaknya yang sedang dilakukan oleh mak dan ayah. mungkin tengah mencari batu2 untuk digunakan ketika melontar jamrah dalam sehari dua lagik. apa-apa pun di harapkan mak dan ayah sihat2 selalu dibawah lindunganNya. Semlam kami sempat mengikuti Salam baitullah dan khabar haji yang bersiaran secara langsung dari padang arafah. Ramainya umat manusia.. semuanya memuji kebesaran Allah.. walaupun x nampak mak dan ayah.. cukup untuk mengubat kerinduan kami pada mereka. Adel Dini setiap kali nampak orang bertelekung, berihram akan menjerit "tu atok.. tu wan..".. agaknya mereka pun rindu pada atuk n wan.. ye lah selama ari nie mana penah jauh dari atok n wan. jauhnya 5 hari jerr.. pastu weekend pasti pulang ke rumah atuk n wan mereka.

mak dan ayah menyambut Aidiladha hari nie. Kita di Malaysia akan menyambutnya esok. mesti best kan mak dapat menyambut aidiladha di tanah suci. untuk kami adik beradik.. tiada yang berbeza melainkan mak n ayah di tanah suci tahun nie. malam nie kami akan pulang ke rembau untuk bersama2 adik2 mak yang lain dan juga bersama nenda tersayang. kata nenda.. tahun nie x yah wat lemang sebab mak x der. sebenarnya setiap tahun mak yang paling bz menjelang raya. kadang2 pk mana lah mak dapat tenaga itu semua sebab mak x penah kenal penat. lemang... rendang.. lodeh n etc....

insyaallah next week mak n ayah akan kembali ke tanah air tercinta, Malaysia. tentunya adel n dini sedang menghitung hari biler dapat bertemu dengan nenda dan atuk nya yang tersayang...



video
-- vc nie masa mak n ayah nak berangkat ke tanah Suci tempoh hari --



No comments: