Tuesday, March 16, 2010

MoDE saYa : TeRkiLaN

mendengar cerita seorang teman tentang pengasuh anaknya, membuatkan mama terfikir macammana la kalu iLHams menghadapi perkara yang sama. hari ini mama diberitahu yang teman itu tidak lagi menghantar anaknya ke pengasuh tersebut lantaran anaknya didera secara mental dan fizikal. Ya Allah........ kesiannya kanak2 berdua itu menghadapi keadaan itu sejak setahun yang lalu. barangkali kerana sudah tidak tahan melihat kanak2 berdua itu menghadapinya barulah jiran2 pengasuh tersebut memberitahu kepada ibu kanak2 itu. perasaan ibu tentulah tersentak..sedihnya apabila mengenangkan amanah yang diberikan kemudiannya dikhianati.

apalah salah nya kanak2... memang secara lumrahnya mereka akan nakal.. bermain... kita yang dewasa sepatutnya berbicara dengan baik terhadap mereka, bukannya melakukan penderaan. walaupun tiada kesan luaran.. tapi kesan dalaman pasti ada. ketika mengambil keputusan untuk memberhentikan si bibik dari perkhidmatannya.. mama penah terfikir untuk menghantar iLHams ke pengasuh. tapi apabila memikirkan tentang semua ini dan kakak adik yang tengah lasak, niat itu terbantut dan akhirnya iLhaMs kembali ke taska mereka. sepanjang hampir dua tahun berada di taska, mama rasa jagaan mereka baik.. walaupun sometimes ada kekurangannya. yang penting keselamatan mereka terjamin dan guru2 taska boleh mendidik iLHaMs sepanjang mama dan papa bekerja.

berbalik pada kisah si bibik... sejak awal lagik kakak dan adik menunjukkan tanda protes terhadap bibik. then cara kerjanya pun tidak menyenangkan hati mama dan wan. apabila tengok tv,.. dia leka... nak sidai kain pun perlu ditegur. ini kan pula benda2 lain. setelah diberhentikan, papa cuba untuk mencarikan si bibik kerja lain. setelah dia pergi ke majikan itu, kemudiannya dia pulang ke rumah nenek dan berkata.. dia tak mahu bekerja di sana lantaran anak orang itu nakal. suka membuat sepah. bayangkanlah.. belum sehari dia bekerja di rumah baru itu dia sudah komplain macam2.. siap kate nak rotan lagi... macammana lah agaknya kalu iLHams tinggal bersama dengannya ketika mama dan papa bekerja? owh tidak.. kami menunggu hampir 4 tahun untuk menatap wajah si kecil yang bernama anak... x sanggup untuk kami menanggung risiko sekiranya apa2 yang terjadi pada mereka dan juga sekiranya kami kami kehilangan mereka. seperti kata wan, biarlah kami berasa susah di masa sekarang untuk membesarkan mereka.. asalkan mereka selamat dan kami tidak perlu risau sepanjang kami pergi bekerja.


-- permata hati kami --

Ya Allah.. lindungilah mereka sepanjang kami keluar mencari rezeki untuk keluarga ini.... sesungguhnya mereka adalah segala2 dalam kehidupan kami.

4 comments:

BIONIC WOMEN said...

salam...saya cukup takut kalau bercerita tentang pengasuh atau bibik. Walaupun tiada pengalaman yg menggerunkan (memandangkan saya jaga sendiri anak) tapi cerita kawan2 dan berita semasa membuatkan saya nekad utk berhenti kerja dan jg sendiri anak. Kepritan amat dirasai tambahan suami bukanlah berpendapatan tinggi, tapi kata ibu harta boleh dicari, tapi anak tiada galang ganti..saya pasrah. melihat anak membesar sihat depan mata adalah nikmat yang tidak ternilai. Sekarang ni bibik bermacam2 karenah, bos saya dulu bibiknya lari ikut pekrja indon yg baiki rumah jiran tinggalkan anak2 bersendirian dirumah selama 9 jam..bayangkanlah..
kita sebagai ibu selalu inginkan yg terbaik buat anak2 kita...tuhan telah anugerahkan kita sesuatu yg tak ternilai...naluri keibuan

Love... said...

u r rite dear...
saya really takut kalu apa2 happen pada mereka......... tapi untuk berhenti kerja macam u, mungkin belum lagik...ada banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum mengambil keputusan itu. tapi x tahu lah esok lusa.... hehehe....

~eqa~ said...

whoever y berani sentuh anak buah aku..maka matilah die!

/// AbAh HaZiM dAn HuSnA /// said...

kaki hazim sampai terkeluar sendi buku lali hari tu.. jatuh kat umah pengasuh gak.. tapi saya xsalahkan sesape sebab hazim memang nakal!!! seminggu dia xleh jalan, xray semua normal.. bawak balik kampung berubat cara tradisional, alhamdulillah... dah kembali beraksi...