Monday, March 22, 2010

TeRiMa KasiH Ya Allah...

tiada ada yang dapat ku lafazkan lagi selain terima kasih dan kesyukuran terhadapMu Ya Allah kerana melindungi kedua ibubapaku dan adik ku dari kemalangan yang telah berlaku. sesungguhnya, aku tidak pasti sejauh mana kekuatan diri ini sekiranya mereka tiada lagi di depan mata. aku juga tidak tau bagaimana untuk aku meniti hari2 yang mendatang tanpa mereka di sisi. Terima kasih ya Allah.


"pada mu Allah aku berdoa
pada Mu jua aku meminta
rahmatilah ibu ayah tercinta
apunilah dosa- dosa mereka
panjang umur, murahkan rezeki
sejahtera dalam ketaatan
moga berbahagia di dunia, di akhirat
beroleh syurga"
(Terima Kasih Ayah Ibu - Hijjaz)


sabtu lalu (20 Mac 2010), ketika wan,atok dan mak teh otw ke kenduri kat lubuk china, mereka mengalami kemalangan jalan raya raya dengan lori pembancuh simen. berderau darah mama bila mendapat tahu. alhamdulillah wan, atuk dan mak teh selamat dan tiada apa2 kecederaan. yang teruk hanyalah kereta (photo will be upload later). kereta tu x penting, yang penting wan, atok n mak teh selamat. tersentak mama seketika. tak terbayang bagaimana jika mereka tiada.. x terfikir dek akal bagaimana mama tanpa mereka.. susahnya nak taip betapa susahnya hati mama. memang selama ini mama dan adik2 diajar untuk berdikari... tapi bagaimana untuk menghadapi hari bile mereka tiada. bagaimana ketika kami pulang ke seremban, tiada lagi senyuman wan dan atuk.. bagaimana untuk melalui hari2 tanpa drama queen kami..

Ya Allah.. terima kasih atas nikmatMu yang satu ini.


No comments: