Nak jadi ahli Young Living?
5 years ago
"Paknil perasan ada juga golongan yang berat hari beraya di kampung, antaranya bujang dan anak dara terlajak. Mungkin mereka belum bertemu jodoh sesuai. Pesan Paknil, kalau boleh jangan tanya bila mereka nak naik pelamin kerana soalan ini mungkin buat mereka rasa malu dan kurang selesa.
Fahami perasaan mereka dan beri mereka peluang beraya dengan tenang tanpa merah muka. Takut nanti bila tidak tertanggung dihimpit soalan sama, mereka mengambil keputusan memendekkan cuti dan pulang semula ke bandar.
Begitu juga dengan pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Kalau boleh elak jadikan mereka bahan usikan di hari raya. Sekali dua mungkin mereka boleh tersenyum tetapi bila kerap diasak dengan pertanyaan bila nak ada anak, mungkin hati mereka terguris. Terimalah hakikat anak itu rezeki pemberian Tuhan. Paknil yakin mereka juga mahu hari raya diserikan dengan kehadiran zuriat tapi sudah tertulis belum masanya lagi.
Mungkin ada menganggap perkara ini remeh tapi percayalah, jika kita peka dengan perkara ini (yang mungkin besar pada empunya badan), raya kita akan lebih bermakna. Ibu bapa pula jangan membandingkan kehebatan anak orang lain dengan anak sendiri." by aznil hj nawawi @ metro ahad 2009/2008